Assalammualaikum semua...harap anda yang singgah ke blog juhaidajoe Sihat sentiasa hendaknya...
Hari ni saya nak kongsikan KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK.
Pastinya setiap ibu yang baru melahirkan bayi tak sabar nak menyusukan bayi yang dilahirkan..Dan ibulah orang pertama yang diperlukan selepas lahirnya bayi itu...Kerana ibulah yang dapat memberilan makanan paling awal kepada bayi dan makanan paling sempurna kepada bayinya.. Alangkah hebatnya ibu ini..
Dalam Al quran pun banyak menceritakn kisah tentang SUSU IBU..
yang menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Dari pengalaman yang saya dapat...terasa BERSYUKUR sangat...kerana saya diberi rezeki melaksanakan tanggungjawab saya untuk menyusukan anak kedua saya sehingga 2 tahun setengah.Ditambah dengan bantuan supplemen SHAKLEE badan rasa lebih bertenaga,susu sentiasa ada dan apabila keluar dalam masa yang lama sikit pastinya baju basah dibuatnya..
Terasa perbezaannya menyusukan anak pertama dan anak kedua saya..masa menyusukan anak pertama saya saya tak kenal shaklee lagi..dan hanya dapat menyusukan hingga 6 bulan sahaja.. saya kenal Shaklee pun lambat selepas menysukan anak kedua saya lepas setahun lebih baru kenal shaklee sebab pengeluaran susu makin berkurangan..Dengan izin ALLAH ..bantuan suplemen Shaklee saya dapat meneruskan penyusuan saya hingga 2 tahun setengah..Syukur Alhamdulillah..
Apa yang sangat saya tekankan ialah..Penyusuan perlukan ILMU. Jika ada ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi.
Ibu juga perlukan sokongan dari Insan tersayang dan orang sekeliling bagi menyempurnakan proses penyusuan..
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
Menyusukan ini bukan sahaja baik untuk bayi..malah baik untuk ibu yang menysusukan bayi itu juga..>>
Apabila proses penyusuan berlaku,akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
Semoga perkongsian saya dapat memberikan Semangat kepada ibu untuk menysusukan Anak sehingga 2 tahun..Apa yang penting jangan putus berusaha..Terima kasih..moga bermanfaat untuk semua..
(kredit http://hasnulhadiahmad.com/ )
# Saya Mahu Bantu Ramai Lagi Untuk Lebih Sihat #
Shaklee Independent Distributor [1082620]
Call / Sms /whatsapp :013-5000902
FB: Vitamin Juhaidajoe (Boleh PM untuk sebarang pertanyaan)
PAGES : Juhaidajoe Vitamin Shoppe
nice sharing.
ReplyDeletesinggah sini...
jemput singgah ke blogshop kami.
kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
kami turut menjual perfume original (tester & miniature).