Read more: http://www.ciktom.com/tutorial-pasang-butang-tweet-plus-one-share-dan-like-facebook-blogspot/#ixzz2mBdRtwHf

Thursday, January 30, 2014

PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN

juhaida joe | 8:00 AM |


EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi.
TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH
* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

 

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

 
TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
http://irrfiqa.blogspot.com/
http://www.momschoice.com.my/blog
http://whenmayend.blogspot.com/

==========================================================

Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh
 Oleh Masmarissa Ciut


Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.
  1. Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
  2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
  3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
  4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
  5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
  6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
  7. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
  8. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
  9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.


Sumber Majalah PA&MA
Juhaidajoe
Shaklee Independent Distributor [1082620]
Call/sms : 013-5000902 / whatsapp : 013-5000901
fb: Juhaidajoe Vitamin Shoppe

Wednesday, January 29, 2014

PANDUAN TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU

juhaida joe | 8:00 AM |
- Kosongkan payudara
  Pastikan bayi menyusu secara efektif.kosongkan payudara dgn sempurna.Perhatikan juga posisi  dan cara bayi melekap.Oleh itu amat penting untuk kita mengepam payudara selepas atau ketika menyusukan bayi agar penghasilan susu lancer
-  Kerapkan sesi penyusuan
   Keraplah menyusukan bayi mengikut permintaannya.Jika dia menghadapi masalah berat badan, sasarkan utk menyusu sekurang-kurangnya 1/2 jam - 2jam sekali di siang hari dan 3 jam diwaktu malam.
-  Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
    Sewaktu bercuti,ambillah 2 hingga 3 hari dan berehatlah sambil menyusukan bayi sekerap mungkin tanpa melakukan aktiviti lain yg boleh menggangu sesi penyusuan efektif.
-  Susukan menggunakan kedua-dua belah payudara
   Biarkan dia menyusu sehingga puas disebelah payudara kemudian tawarkan sebelah payudara lagi.
-  Berehatlah
   Minum ketika dahaga.,,dan makan makanan yg seimbang.
-  Kerapkan Mengepam
    Menambah sesi pengepaman selepas atau antara waktu penyusuan dpt mbantu. Pengepaman sgt penting apabila bayi tidak menyusu dgn efeksyen atau kurang menyusu. Matlamat kita mengepam adalah utk mengeluarkan susu dari payudara / meningkatkan kekerapan payudara menjadi kosong.
-  Bahan Peransang penmabah susu
   contohnya ubat-ubatan atau herba utk menambah penghasilan susu. Perlu diingat, ia hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan kita betul. Ia bukanlah jalan pintas untuk menambahkan penghasilan susu.
Juhaidajoe
Shaklee Independent Distributor [1082620]
Call/sms : 013-5000902 / whatsapp : 011-23525494
fb: Juhaidajoe Vitamin Shoppe

Tuesday, January 28, 2014

Bila Waktu Terbaik Minum Air Masak?

juhaida joe | 2:48 PM |


Ramai orang berkira-kira nak minum air kosong..sebab apa??sebab air kosong je pun,bukan nya sedap pon..nanti minum air banyak asyik nak ke tandas la..lupa la nak minum air banyak..tak boleh nak telan air kosong,,nak termuntah..dan macam-macam lagi..huhu..tu semua saya dah lalui.. :)Saya selalu pesan pada pelanggan saya sentiasa banyakkn minum air kosong..Insyaallah lama-lama akan terbiasa minum air kosong..
So untuk kekal sihat nak dapatkan kulit yang cantik air adalah paling penting sekali untuk badan kita ni..

Air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap hari. minum air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita.




Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Namun, tahukan di antara kita bahawa terdapatnya waktu-waktu tertentu yang terbaik untuk mengamalkan minum air masak?
Seeloknya, kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.
Selain itu, minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
Mengamalkan minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.
Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak.
Bukan sahaja air itu sememangnya penting untuk tubuh kita, mengambilnya mengikut waktu saranan penasihat kesihatan juga terbukti berkesan untuk kita mengekalkan kesihatan bagi jangka masa panjang. Jadi, eloklah kiranya kita mengubah cara dan waktu minum air masak supaya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.


Berapa Banyak Air Masak Yang Perlu Diminum? 

Ada orang kata jangan minum air masak banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul? Sejak dari sekolah lagi, ibu bapa kita sering menasihatkan kita supaya sering meminum air yang telah masak. Jadi tidak hairanlah kalau kita dapat melihat pelajar-pelajar membawa bekas minuman air masak ke sekolah.

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! “8 gelas sehari” lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.
Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori “8 gelas sehari”. Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air masak sehari bukanlah satu nasihat yang baik.
Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.
Mereka yang meminum air masak, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.
Berapa banyak yang perlu diminum?
Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.
Peringatan: Lebih banyak anda meminum air masak, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dan lain-lain lagi
SUMBER:Melayukini.net
Juhaidajoe
Shaklee Independent Distributor [1082620]
Call/sms : 013-5000902 / whatsapp : 013-5000901
fb: Juhaidajoe Vitamin Shoppe



Monday, January 27, 2014

Jom Tambah Berat Badan Dengan Set Shaklee

juhaida joe | 10:05 AM |
Anda rasa terlalu kurus? Pakai baju kecik still nampak terlalu longgar??Selalu di ejek oleh kawan macam papan??bila dah terlampau kurus badan pon melengkong!! makan bnyak pun berat tak naik2!!kepada mereka yang mengalami masalah kurang berat badan atau terlampau kurus dan ingin menambahkan berat badan..anda boleh cuba set tambahkan berat badan ni yea..Ada juga untuk kanak2 kecil yang kurang selera makan atau terlalu kurus.. untuk menambah selera makan anak2 kecil..kawan-kawan atau adik kakak yang mengalami masalah kurang berat badan ni..boleh la cuba set weight Gain Shaklee ni..



1. Meal Shakes - Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.




2. Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang hebat sebagai supplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. 






3. B-complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

jika anda berminat untuk tambahkan berat badan boleh hubungi Juhaidajoe
Juhaidajoe
Shaklee Independent Distributor [1082620]
Call/sms : 013-5000902 / whatsapp : 013-5000901
fb: Juhaidajoe Vitamin Shoppe

Saturday, January 25, 2014

Kenapa Badan Perlukan Vitamin??

juhaida joe | 1:26 PM |
Menurut pakar Nutrisi terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!

Di sini disenaraikan 7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan.


1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tub

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandngan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Shaklee Independent Distributor [1082620]
013-5000902 / juhaidajoe@gmail.com
Fanpage: Juhaidajoe Vitamin Shoppe





  
 

Friday, January 24, 2014

keistimewaan Vivix

juhaida joe | 8:33 AM |

Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Membantu meningkatkan fungsi otak,Kardiovaskular,imuniti dan sendi.

Vivix sangat membantumengembalikan keremajaan.





Kebaikkan Vivix
  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari.


Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.
Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.

 Bagaimana vivix bertindak?
Badan kita berhadapan dengan 4 mekanisma penuaan selular.

1. Kemusnahan DNA
Setiap sel di dalam badan kita sentiasa diserang oleh berjuta-juta anasir pemusnah DNA yang boleh membahayakan data asas untuk sel genetik. Ia juga akan menghasilkan “typo” yang mengganggu fungsi-fungsi sel serta ketahanan.

2. Pengawalan genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan selular penuaan dengan mengawal keseimbangan dinamik di antara kadar kemusnahan dan pembaikpulih. Ini termasuk sel hidup atau mati.

3. Kemerosotan pengeluaran tenaga selular
Mitokondria di dalam sel kita menghasilkan tenaga yang kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Apabila keberkesanan mitokondria berkurang maka fungsi sel juga akan menjadi lemah.

4. Pengumpulan Protein AGE
Pengumpulan Advanced Glycation End Products (AGE) Protein yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan sel yang boleh menjejaskan integriti serta daya tahan sel.


Jom kita lihat apa kata mereka dengan produk Vivix!!


**Peringatan : VIVIX tidak boleh diambil oleh ibu mengandung atau menyusu serta mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Namun, anda boleh gunakan sebagai masker
Jika berminat boleh dapatkan dari Juhaidajoe yea..
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 


Shaklee Independent Distributor [1082620]
013-5000902 / juhaidajoe@gmail.com
Fanpage: Juhaidajoe Vitamin Shoppe
 

Thursday, January 23, 2014

Testimoni Vitamin E & Vitamin C Shaklee

juhaida joe | 2:52 PM |


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي


ASSALAMMUALAIKUM..
Salam semua...hari ni saya nak berkongsi tentang testimoni pengguna Vitamin E dan viatami C Shaklee..Pengguna ni mengalami masalah jerawat dan kesan parut..hasil daripada pengambilan Vitamin Shaklee beliau dapat menyelesaikan masalah beliau..Kepada anda di luar sana yang mengalami masalah kulit jangan di biarkan ia nya berlarutan..Jom dapatkan set skin care Shaklee yang yakin 100% dari bahan semulajadi..
Anda boleh juga dapatkan Set kecantikan Shaklee,iaitu Set D terdiri daripada Vitamin C, B complex dan Vitamin E. Setiap satu suplement saling berfungsi dan membantu antara satu sama lain. Vitamin C : penting untuk pengikatan kolagen B complex : B untuk “beauty ”, membantu menaikkan seri muka, membantu untuk saraf yang baik dan untuk mood yang ceria Vitamin E : Sememangnya sangat bagus untuk kulit y ang cantik, mengurangkan inflamasi, mengurangkan bengkak, menyembuhkan luka dan juga baik untuk sistem saraf .Jika anda makan secara konsisten dan mengamalkan minum air yang banyak  setiap hari, insyaaAllah usaha anda akan membuahkan hasil. Air memang sangat perlu untuk penyerapan suplement, penyingkiran toksin, dan sangat penting untuk proses homeostasis di dalam badan.
** Juga anda boleh dapatkan GLA complex dan Collagen Powder yang sememangnya bagus untuk kesihatan kulit dan ia tergolong dalam rangkaian suplement kecantikan Shaklee Hubungi saya untuk pesanan Set kecantikan Shaklee & semestinya saya akan tawarkan harga yg lebih menarik!!

Jika berminat boleh dapatkan dari Juhaidajoe yea..
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 


Shaklee Independent Distributor [1082620]
013-5000902 / juhaidajoe@gmail.com
Fanpage: Juhaidajoe Vitamin Shoppe

 








Wednesday, January 22, 2014

DTX COMPLEX rawatan untuk hati

juhaida joe | 4:21 PM |


 
Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan.





Satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan yang tidak disedari ramai orang kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk badan yang sihat ialah kesihatan hati. Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang. 

Makanan berminyak, makan lewat malam, kurang bersenam, dan merokok adalah antara tabiat kurang sihat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
Hakikatnya semakin ramai rakyat Malaysia kini mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kegemukan, diabetes (kencing manis), hati berlemak dan masalah lain.




Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya.
Gabungan unik bahan botani dalam DTX Complex™ SHAKLEE menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:
  1. Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati
  2. Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh.

DTX Complex™ SHAKLEE mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 
Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesihatan yang terjamin.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Jika berminat boleh dapatkan dari Juhaidajoe yea..
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 


Shaklee Independent Distributor [1082620]
013-5000902 / juhaidajoe@gmail.com

Fanpage: Juhaidajoe Vitamin Shoppe





Monday, January 20, 2014

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT) SHAKLEE

juhaida joe | 11:08 AM |


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ASSALAMMUALAIKUM..


Salam semua..nak berkongsi sedikit kepada anda di luar sana  mengenai produk shaklee untuk masalah sakit sendi iaitu Advanced Joint Health Tablet.
Advanced Joint Health Tablet ini merupakan satu formula yang menggabungkan bahan yang terbaik dan sangat berkesan bagi menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan dan fungsi sendi.Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.






 Advanced Joint Health Tablet ini juga tidak mengandungi kondrotin sulfat sebab ia tidak serap dengan baik apabila diambil secara oral.Kajian juga menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap.


10 Kebaikan AJHT 
1. Menyokong ketidakselesaan sendi
2. Membantu kekalkan tulang rawan
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
4. Melancarkan pergerakan harian
5. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
6. Anti radang semulajadi 
7. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
8. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
9. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan , juga membekalkan glukosamina.
10. Untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligament.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula 100%sayur-sayuran .
Anda juga dicadangkan mengambil Omega guard serta Ostematrix untuk mendapat kesan yang optimum,kerana ia merupakan kombinasi yang terbaik.
- Omega Guard bertindak sebagai anti radang , menurunkan paras kolestrol dan juga menjaga kesihatan jantung.

- Ostematrix bersumberkan kalsium terbaik.  Ia menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kekejangan atau kebas atau cramp.

Jom anda di luar sana mencegah adalah lebih baik dari merawat. betul tak??Boleh juga di berikan mak bapak kita ..Janganlah berkira untuk membeli  makanan kesihatan atau suplemen untuk kesihatan ni ye..Ada wang banyak, tapi kesihatan anda tidak  dijaga dengan sebaiknya..


Jika berminat boleh dapatkan dari Juhaidajoe yea..
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 


Shaklee Independent Distributor [1082620]
013-5000902 / juhaidajoe@gmail.com
Fanpage: Juhaidajoe Vitamin Shoppe




Sunday, January 19, 2014

Set Shaklee ACE

juhaida joe | 9:58 PM |
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ASSALAMMUALAIKUM..
Hari ini saya nak kongsi tentang  Set Shaklee iaitu set ACE ianya  supplemen antioksidan  yang kuat untuk melawan  radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan..Haa..ape ACE tu..??mesti anda yang tak tahu dan tertanya2 apala ACE ni kan..Set ACE ni adalah antara vitamin A iaitu Carotomax,Sustained Released Vita C dan Vitamin E complex.

Apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada set ACE ini?
  • Menguatkan sistem imun
  • Berasa muda
  • Meningkatkan tahap kesihatan




Kenapa kita perlukan Set ACE ini?

Sekarang ini kita amat memerlukan lebih perlindungan antioksidan daripada dahulu,dengan keaadaan persekitaran yang tidak sihat dan sering tercemar dari macam2 pencemaran yang terdapat disekeliling.Pendedahan kepada cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan DNA dalam tubuh.Dengan antioksidan dapat membantu melindungi sel akibat daripada radikal bebas ini.

Jom pertingkatkan perlindungan antioksidan anda dengan set ACE :)
Jika berminat boleh dapatkan dari Juhaidajoe yea..
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Shaklee Independent Distributor [1082620]
013-5000902 / juhaidajoe@gmail.com
Fanpage: Juhaidajoe Vitamin Shoppe
 



 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...