Read more: http://www.ciktom.com/tutorial-pasang-butang-tweet-plus-one-share-dan-like-facebook-blogspot/#ixzz2mBdRtwHf

Tuesday, January 7, 2014

Khasiat vitamin E

Unknown | 2:30 PM |
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ASSALAMMUALAIKUM.. 


Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

 Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.Namun, yang sangat menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.





Khasiat Vitamin E :

# Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

# Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara

# Melindungi paru2 dari pencemaran udara.

# Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

# Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

# Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

# Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

# Merendahkan kadar kolesterol.

# Membantu mencegah kanser.

# Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

#Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

# Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

#Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia 


Berminat? Contact me okay..

Jika berminat boleh dapatkan daripada Juhaidajoe..
Insyaallah akan memberi pakej istimewa dari saya.. 



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Shaklee Independent Distributor [1082620]
013-5000902 / juhaidajoe@gmail.com
Fanpage: Juhaidajoe Vitamin Shoppe

   

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...