Read more: http://www.ciktom.com/tutorial-pasang-butang-tweet-plus-one-share-dan-like-facebook-blogspot/#ixzz2mBdRtwHf

Saturday, November 29, 2014

BERFIKIR POSITIF BUAT SAYA LEBIH TENANG DAN FOKUS !!

juhaida joe | 6:17 PM |

                اللَّهُمَّ صَلِّ وَ سَّلِم عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ




KENAPA KITA PERLU BERFIKIRAN POSITIF???


Pemikiran POSITIF akan membawa kita ke arah perkara yang baik dan membina...dengan berfikir secara positif juga membantu anda lebih FOKUS dan TENANG..Itu pengalaman saya selama saya membawa diri saya ke arah itu..Bila POSITIF kita akan sentiasa memikirkan benda yang baik-baik jer terhadap sesuatu perkara mahupun pada orang sekeliling kita...banyak benda sebenarnya kita akan dapat bila kita positif...sikit pun tak rugi..POSITIF juga membantu saya menangani STRESS..dan membawa saya ke arah ingin belajar sesuatu perkara dan bertindak membuat yang terbaik dalam setiap perkara atau tugasan..






APA YANG SAYA LAKUKAN UNTUK SENTIASA POSITIF ??

>>> Saya akan menulis 10-15 ayat positif dan baca sekerap mungkin.

>>> Setiap hari saya akan bercakap ayat positif pada diri saya pagi dan sebelum tidur.

>>> Sentiasa bergaul atau dekatkan diri dengan orang yang POSITIF.

>>> Sentiasa membaca buku MOTIVASI.

>>> Dan sentiasa memperbanyakan MAKANAN ROHANI untuk ketenangan.






Bila kita sentiasa POSITIF  semangat.., aura positif ni akan datang secara automatic...dan kita akan cuba untuk meninggalkan perkara negatif, secara tak langsung yang positif ni lama-lama akan melekat dalam diri kita..SO..JOM....kita merubah diri kita ke arah yang lebih positif. 


“Akal akan mempengaruhi hati. Hati akan mempengaruhi perbuatan. Lantas perbuatan akan membuahkan hasil. Maka, jika negatif yang difikirkan maka negatiflah hasilnya. Jika positif yang difikirkan, maka positiflah hasilnya.”- Prof Muhaya 



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...