Read more: http://www.ciktom.com/tutorial-pasang-butang-tweet-plus-one-share-dan-like-facebook-blogspot/#ixzz2mBdRtwHf

Friday, December 6, 2013

Kebaikan dan Manfaat Vitamin E

Unknown | 12:49 AM |
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ASSALAMMUALAIKUM..


Wanita dan penjagaan kulit memang dijadikan sebagai benda wajib bagi seseorang wanita. Banyak produk yang mencantikkan kulit dan menjadikan kulit lebih halus. Kebiasaannya Vitamin E terkandung dalam produk penjagaan kecantikan ,apakah peranan sebenar Vitamin E ini?


Vitamin E telah terbukti berkesan untuk mengurangkan parut jerawat serta parut-parut lain. Ia membantu untuk menggalakkan penyembuhan kulit dan apabila disapu, parut dapat dikurangkan atau dihapuskan.

Vitamin E membantu meningkatkan keremajaan kulit dan menjadikan kulit halus kerana Vitamin E mengandungi ciri-ciri ANTIOKSIDAN yang berperanan mencegah kerosakan sel-sel kulit dari ancaman radikal-radikal bebas berpunca dari asap kenderaan, asap kilang, bahan kimia pertanian, 'pharmaceutical drugs', makanan yang diproses, bahan pengawet makanan, pewarna makanan, tabiat merokok, sinaran radiasi seperti sinaran ultra ungu (lapisan ozon yang kian menipis), radiasi nuklear dan stress.

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, halus dan mulus serta melambatkan proses penuaan, kita digalakkan mengambil Vitamin E setiap hari supaya kulit sentiasa kelihatan muda dan sihat. tubuh wanita juga sebenarnya memerlukan vitamin E ini kerana vitamin E dapat membantu mengurangkan risiko breast kanser sebanyak 10 kali ganda.



Manfaat Vitamin E

Vitamin E juga antara supplement 'hot item' yang gemari pengguna untuk tujuan kecantikan dan juga melambatkan penuaan. Sebenarnya vitamin E merupakan antara vitamin-vitamin yang berperanan penting dalam memastikan sel-sel tubuh sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Contohnya vitamin E juga berperanan meningkatkan sistem imun tubuh dan meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.


Kekurangan vitamin E pula boleh menyebabkan kulit sensitif dan pengumpulan air dalam tisu pada bayi, penuaan kulit yang tidak seiring pertambahan usia, keguguran rambut dan juga anemia.



Kelebihan Vitamin E Untuk Kesihatan:

>> Sebagai anti-oksidan antara fungsi anti-oksidan adalah mencegah kanser dan menjaga 
     jantung
>> Meningkatkan kesuburan wanita
>> Mencegah sel-sel kulit dari dimusnahkan oleh radikal bebas (anti-penuaan)
>> Menjaga kesihatan sistem saraf
>> Membantu masalah kekejangan otot
>> Meningkatkan pengeluaran air mani lelaki
>> Memperbaiki DNA - DNA normal
>> Menghalang pengumpulan platelet
>> Meningkatkan fungsi imun
>> Menentang radikal bebas
>> Membantu mencegah kanser
>> Membantu atasi penyakit kardiovaskular
>> Meningkatkan pembekuan darah secara normal
>> Mencegah penyakit katarak
>> Menggalakkkan kulit dan rambut yang sihat
>> Membantu mencegah anemia
>> Membantu mencegah retrolental fibroplasia (gejala mata yang boleh menjangkiti bayi      pramatang.

 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat? Contact me okay..


   Shaklee Independent Distributor [1082620]
                               013-5000902 / juhaidajoe@gmail.com
                               Fanpage:Juhaidajoe Vitamin Shoppe
   

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...