Assalammualaikum semua....hari ni saya nak share Info PEMBAKARAN KALORI DALAM TEMPOH PENYUSUSAN..
Jika ibu-ibu nak tahu...
"DENGAN PENYUSUAN SETIAP HARI,MEMBANTU MEMBAKAR LEBIH DARIPADA 600 KALORI SEHARI !! "
Saya pasti ramai ibu-ibu mahukan turunkan berat badan selepas melahirkan.TETAPI ada segelintirnya takut untuk mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu ada sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.
Haa...Ibu-ibu tak perlu risau yer... Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, ibu-ibu seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari !! Fuh...!! penat kan kalau ibu-ibu buat aerobik selama 2jam ?? Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.
Oleh itu ibu-ibu tak perlu risau....Matlamat ibu-ibu nak kuruskan atau turunkan berat badan akan menjadi nyata walaupun sedang dalam fasa penyusuan...Kini, sudah tiba masanya untuk ibu membakar kalori secara penyusuan esksklusif !!
Apa pun Ibu kena jaga corak pemakanan juga yer...Maksudnya bukan diet tak makan yer..
Jom kita tengok caranya :
1) MENGAMALKAN DIET SIHAT
Dengan mengamalkan diet sihat, ibu dan bayi dapat zat makanan yang diperlukan..Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.
Ibu juga disarankan mengurangkan pengambilan gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.
2) MELAKUKAN SENAMAN
Ibu digalakan melakukan senaman rutin..bukan senaman yang berat ok..yang ringan sahaja yang dapat mengeluarkan peluh..kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kepada ibu yang melahirkan secara caesarean dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu..Dengan melakukan senaman rutin, dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang sama dapat meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.
3) BUAT PERTIMBANGAN
Ibu perlu buat pertimbangan dalam pengambilan kalori..Ibu perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. So ibu-ibu kena jelas tentang ini yer..jangan main langgar je semua..sebab nak kurangkan berat badan punya pasal.
Ingat yer ibu -ibu...diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.
4) MENGAMALKAN SUPLEMEN SEMULAJADI
Ibu boleh mengamalkan suplemen,untuk kurangkan berat badan semasa proses penyusuan disamping dapat mempertingkatkan pengeluaran dan kualiti susu ibu..justeru bayi secara tak langsung mendapat NUTRISI YANG CUKUP daripada suplemen tambahan selain daripada pemakan seharian ibu.
Oleh itu ibu perlu berhati2 dalam pemilihan Suplemen yer..jangan ambil sebarang suplemen..Suplemen yang disarankan bagi ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan di samping dapat meningkatkan KUANTITI DAN KUALITI SUSU IBU,adalah dengan mengamalkan Suplemen Shaklee..ia adalah suplemen SEMULAJADI BEBAS DARI SEBARANG BAHAN KIMIA.
Klik sini untuk Set kurus bagi ibu menyusu.
5) DAPATKAN PANDANAGN PAKAR
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.
# Saya Mahu Bantu Ramai Lagi Untuk Lebih Sihat #
Shaklee Independent Distributor [1082620]
Call / Sms /whatsapp :013-5000902
PAGES : Juhaidajoe Vitamin Shoppe
No comments :
Post a Comment