Read more: http://www.ciktom.com/tutorial-pasang-butang-tweet-plus-one-share-dan-like-facebook-blogspot/#ixzz2mBdRtwHf

Monday, January 26, 2015

Kelebihan Menyusu & Tips Menyusu

Unknown | 4:43 PM |
Assalammualaikum...petang-petang saya nak share ilmu tentang Khasiat Susu Ibu Menurut Al quran & kajian Saintifik..

Di dalam Islam juga digalakan menyusukan bayi sejak dari hari pertama kelahiran sehingga seumur 2 tahun..

Tidak dinafikan...sememangnya Susu ibu mempunyai banyak kelebihannya berbanding susu formula..Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi..Susu ibu membantu mempengaruhi pembentukan fizikal dan mental anak-anak dalam proses pembesaran ke arah kesihatan yang ideal. 






Begitu agung ciptaan Allah ,sebaik saja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)

Saya pasti ramai ibu mahu memberikan penyusuan Eksklusif kepada bayi kesayangan..Tetapi tidak semua ibu ada rezeki menyusukan anak kesayangan mereka sehingga umur 2 tahun..

Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara Eksklusif kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika bayi disusui secara eksklusif,dengan cara yang betul serta mempunyai Ilmu yang betul untuk menyusu bayi..Emosi ibu juga memainkan peranan penting dalam pengahsilan susu badan..Oleh itu dinasihatkan ibu tidak stress apabila kekurangan susu badan,,malah disarankan supaya sentiasa berfikir positif,mengamalkan pemakanan sunnah,pemakanan berkhasiat serta pengambilan Suplemen tambahan.Juga pengempaman eksklusif bagi ibu yang berkerja.Dengan pengepaman yang kerap membantu penghasilan susu badan secara optimum.





Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas.

Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun..Insyaallah berkat kesungguhan ibu untuk menyusukan anak ,Insyaallah anak kesayangan anda memperoleh makanan paling terbaik di dunia hingga usia 2 tahun..


(Ibu boleh dapatkan buku Hebatnya Susu Ibu di sini - klik.
Ia menceritakan tentang fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula.Juga tips penyusuan)

Sedikit TIPS untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

1) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.

2) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.

3) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung Pada permintaan bayi.Akan tetapi jika bayi anda kuat tidur,hendakalah dikejutkan jika sampai time menyusu.

4) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.

5) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau Rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut.


Selepas usia 6 bulan barulah ibu memperkenalkan bayi dengan makanan pejal,iaitu makanan yang lembut,yang dilenyek,dihancur atau diblender mengikut kesesuai penerimaan bayi anda.




Kepada ibu yang berazam menyusukan anak sehingga 2 tahun bolehlah mengikut saranan yang telah diberikan..InsyaAllah Impian ibu-ibu diluar sana tercapai..Amin...

Sekian sahaja perkongsian saya,Untuk ibu yang mahukan Suplemen tambahan semasa fasa penyusuan bolehlah hubungi Juhaidajoe...Insyaallah akan memberikan Konsultasi Eksklusif untuk anda,dari pengalaman saya, dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun setengah.. :)


# Saya Mahu Bantu Ramai Lagi Untuk Lebih Sihat #

Shaklee Independent Distributor [1082620]    
Call / Sms /whatsapp  :013-5000902 
FB:  Vitamin Juhaidajoe  (Boleh PM untuk sebarang pertanyaan) 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...