Read more: http://www.ciktom.com/tutorial-pasang-butang-tweet-plus-one-share-dan-like-facebook-blogspot/#ixzz2mBdRtwHf

Monday, May 12, 2014

Jenis Kulit Muka

Unknown | 10:21 AM |
Assalamualaikum semua...hari ni saya nak bercerita berkaitan tentang "Jenis Kulit Muka" . Mungkin ada diantara anda yang mengetahui jenis kulit muka anda,juga anda juga di antara anda yang tidak tahu apakah jenis kulit anda samada kulit normal?kulit berminyak?kulit kering?kulit sensitif?

Saya pasti,mesti anda di luar sana ada yang mencuci muka dengan dengan macam-macam jenis pencuci muka..betul tak??? Kejap jenama ni ,kejap jenama tu..sampai sudah tak jumpa mana yang sesuaaiii...Apapun saya cadangkan anda haruslah kenali dulu jenis kulit muka anda sebelum mengunakan sebarang produk pencuci muka k..Kenali jenis kulit terlebih dahulu bukan sekadar untuk wanita sahaja,malah lelaki pon harus mengambil berat tentang jenis kulit mereka juga produk yang sesuai dengan wajah. :) Jom kenali jenis-jenis kulit..

Kulit Normal
Orang yang mempunyai kulit normal sangat beruntung..Bukan mudah nak dapatkan kulit muka yang normal.Pengeluaran minyak bagi kulit normal adalah sangat seimbang Tidak bererti kulit normal tidak memerlukan rawatan wajah.Bukan semua bernasib baik seperti golongan kulit normal ini. 


 Ciri kulit wajah sehat


Antara ciri kuli normal ialah :
  • Wajah kelihatan cerah dan sihat serta jarang mengalami masalah.
  • Kelembapan pada kulit normal mencukupi
  • Keadaan kulit tidak kering
  • Pada keadaaan tertentu, kulit normal cenderung berminyak atau kulit normal cenderung kering.  
  • Penjagaan :-


          # amalkan pemakanan yang seimbang
          # tidur yang mencukupi
          # gunakan pencuci wajah, penyegar dan pelembap yang mempunyai SPF
          # cuci kulit wajah dengan sempurna keringkan dengan tuala yang bersih 


Kulit Muka Berminyak

Kebanyakan orang mempunyai kulit muka berminyak kerana gaya pemakanan mereka rata-rata gemarkan makanan yang berminyak.Kulit berminyak adalah kulit yang mengeluarkan minyak secara berlebihan akibat aktiviti kelenjar lemak pada kulit.Kotoran dan debu memang mudah untuk melekat pada kulit yang berminyak yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat dan bintik-bintik hitam.


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu9F3as2zPmrRx0QyXCJPrl9mAZttMu39l22OvmAAnstfscsJ8vGm4g1rHSV7Sh7pXtbEBP4GT7pm9LlzL6-n3eY-SJWrSmWpywUHkzK54maPYiKCvwptwqRg2KTquzJLEerGvOhtNsJY/s1600/berminyak.jpg

Antara ciri kulit berminyak ialah:
  • Kulit nampak melekit dan berminyak
  • Kulit Alergi dan sering gatal-gatal di muka
  • Sekitar hidung berkilauan akibat minyak yang berlebihan.
  • Kulit mengalami bintik hitam dan jerawat 
  •  Penjagaan :-
           # elakkan atau kurangkan ambil makanan berminyak, berempah, pedas, berkafein       atau makanan laut yang berlebihan yang boleh meningkatkan penghasilan minyak pada wajah menghilangkan lembapan  
           # gunakan pencuci muka yang bebas minyak sekurang-kurangnya 2x/seminggu
           # jangan sental kulit wajah atau scrub dengan kasar kerana ini akan menyebabkan jerawat timbul
           # gunakan penyegar yang sesuai
           # pilih pelembap yang mengandungi noncomedogonic dan nonacnegenic bagi mengelakkan pori wajah tersumbat dan tidak menimbulkan jerawat 
             # gunakan scrub yang beraskan pati tumbuh-tumbuhan atau sumber alam yang mampu mengurangkan risiko masalah kulit
             # Penting : elakkan guna alat solek yang berasaskan krim atau gel (berminyak)

Kulit Kering

Kulit kering pula ialah kulit yang mengeluarkan minyak dalam kuantiti yang sangat sedikit.Minyak tidak membahayakan kulit muka.Tetapi sekiranya minyak dikeluarkan melebihi atau kurang dari  paras normal,itu yang berbahaya.Fungsi minyak adalah untuk melembutkan seperti kita sapukan losyen pada kulit.Pengeluaran minyak yang sangat sedikit akan menyebabkan kulit mudah pecah-pecah dan sensitif.

Mereka yang mempunyai kulit muka sebegini tidak boleh memakai produk kosmetik sembarangan dan perlu merujuk kepada pakar kulit muka terlebih dahulu.Jangan memandai,nanti merana diri.

Antara ciri kulit kering:
  • Kulit kelihatan kasar dan tidak bersinar
  • Kulit kering dan pecah-pecah seperti sisik ikan
  • Kulit sensitif dan kemerahan
  • Penjagaan :-
             # sapukan kulit dengan sedikit pelembap sebelum bersolek
             # pastikan bedak asas yang digunakan tidak dirumus daripada gel atau sabun kerana 
ia akan membuatkan kulit bertambah kering
             # gunakan pencuci wajah yang berasaskan losen dan susu yang memberi kelembapan berpanjangan.
             # sapukan pelembap pada kulit wajah setiap malam, namun pastikan agar krim 
                pelembap yang digunakan tidak menimbulkan masalah pori tersumbat sehingga boleh  menimbulkan jerawat


              
Kulit Sensitif

Dalam ramai-ramai,pasti ada yang mempunyai kulit muka yang sensitif.Pegang sikit sahaja dah merengek.Hehe.Punca kulit muka menjadi sensitif adalah berbeza bagi setiap individu.Kulit sensitif boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,resdung,ruam,gatal-gatal pada kulit dan ekzema. 


  • kulit jenis ini mudah bertindakbalas dengan cahaya terik matahari yang mana kulit mudah menjadi merah terbakar atau merengsa, terutamanya apabila tersalah memilih alat solek atau bahan pencuci wajah...
  • jadi, mereka yang tergolong dalam kategori kulit sensitif, mesti pilih dengan berhati-hati produk kecantikan yang ingin digunakan
  • ia bersifat kering, nipis dan mudah alami jerawat 
  • Penjagaan :-
             # jangan gunakan pencuci muka atau alat solek yang mengandungi     pewangi(fragrance),asid buah, pati tumbuh-tumbuhan yang merangsang kelembapan pada wajah dan enzim yang boleh menyebabkan pengelupasan kulit
             # elakkan guna pencuci kulit wajah dalam bentuk gel dan sabun muka yang  
                mengeringkan
             # pilih set penjagaan muka yang mengandungi chamomile dan jojoba yang mampu 
                memberi kelegaan pada kulit wajah
             # pastikan produk penjagaan kulit adalah daripada bahan-bahan semulajadi bagi atasi masalah elergik.


SUMBER :( MAJALAH EKSTRA CANTIK- KELUARAN KARANGKRAF )
kredit :duniafarisya.com 


 Wajah itu satu pemberian dan anugerah, jaga sebaiknya bukan hanya luaran tetapi juga dalaman.  :)

Shaklee Independent Distributor [1082620]     
Call / Sms /  :013-5000902 /Whatsapp:013-5000901     
FB:  Juhaida Joe (Boleh PM untuk sebarang pertanyaan)

 





No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...