Read more: http://www.ciktom.com/tutorial-pasang-butang-tweet-plus-one-share-dan-like-facebook-blogspot/#ixzz2mBdRtwHf

Sunday, April 13, 2014

Pencegahan osteoporosis dengan Suplemen

Unknown | 8:30 AM |
Osteoporosis ialah keadaan kekurangan khasiat dikenali 'tulang rapuh'. Keadaan ini berlaku, terutamanya pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang menjadi nipis, lemah dan mudah retak.
Tulang sebenarnya adalah tisu hidup dan selalunya mempunyai tindak balas biokimia di mana ia bergantung kepada nutrien mikro dan sistem enzim yang berbeza-beza. Seperti mana tisu hidup lain, tulang memerlukan pelbagai bekalan khasiat.

Pemakanan moden kini seperti roti putih, gula putih dan lemak yang tinggi adalah tersangat kurang khasiatnya untuk tulang. Pengambilan daging dan air berkarbonat yang banyak pula menyumbang kepada menurunnya penyerapan kalsium oleh badan. Kekurangan pengambilan khasiat yang diperlukan tulang boleh menyumbang kepada osteoporosis.

Sekiranya osteoporosis tidak dicegah atau dibiarkan tanpa rawatan, ia akan berkembang perlahan-lahan tanpa berasa sakit sehinggalah ada tulang yang mengalami keretakan atau patah.





 

Mustahaknya mengambil suplemen kalsium telah lama diakui dalam penjagaan kesihatan tulang, kalsium begitu penting,jelas menunjukkan vitamin D, magnesium, kuprum, zink, boron dan mangan juga penting untuk mewujudkan tulang yang kuat dan sihat.

 - Vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Paras vitamin D yang rendah adalah perkara biasa bagi wanita terutama yang sudah berusia. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan akan menyebabkan tulang menjadi lembut (osteomalacia).

 - Magnesium perlu untuk pemeliharaan dan penggerakan kalsium dalam tulang dan diperlukan untuk penggunaan vitamin D. Kekurangan magnesium sudah menjadi perkara biasa dan merupakan faktor risiko utama bagi osteoporosis. 

- Mangan merupakan mineral surih diperlukan untuk menghasilkan tisu-tisu sambungan yang membentuk matriks tulang, tempat pengumpulan mineral berlaku. 


- Boron diperlukan untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktif; ini menerangkan mengapa kekurangan boron akan menjejaskan metabolisme kalsium dan pembentukan tulang. 


- Zink menyokong pembentukan tulang dengan memperkuatkan tindakan vitamin D. Zink membantu mengekalkan struktur tulang-temulang dan ia juga terbabit dalam pembinaan tulang.

- Kekurangan kuprum mungkin akan menyebabkan pengumpulan tulang yang tidak normal. Kuprum membantu membentuk blok-blok binaan untuk tulang-tulang.



**Sumber Sakitsendi2u


Shaklee Independent Distributor [1082620]
Call / Sms /  :013-5000902 /Whatsapp:013-5000901

FB:  Juhaida Joe


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...